Perkhidmatan

KAWALAN KESELAMATAN STATIK TANPA SENJATA

Pegawai - pegawai Keselamatan Syarikat kami adalah dipilih dengan cara yang bersistem dan teliti, tidak mempunyai rekod jenayah dan lulus tapisan keselamatan rekod oleh pihak Polis Diraja Malaysia. 

Mereka yang terpilih ini dilatih dan sedia melaksanakan tugas kawalan keselamatan dengan penuh tanggungjawab dan berdisiplin. 

Kawalan Keselamatan Bersenjata 

Pengawal Keselamatan Bersenjatapi dipilih daripada pengawal keselamatan yang telah menunjukkan perkhidmatannya sebagai pangawal keselamatan tanpa senjata. 

Mereka ini dilatih khas menggunakan senjatapi dan sentiasa bersedia untuk memberi perlindungan bersenjatapi kepada mana-mana pelanggan syarikat kami. 

Penghantaran dan Kutipan Wang Tunai (CIT)

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan membawa wang tunai dari satu tempat ke tempat yang lain dengan iringan kawalan senjatapi. Disamping pemindahan yang bersistematik perlindungan insuran juga disediakan oleh pihak kami. Pelanggan-pelanggan tidak perlu bersusah paya serta mempertaruhkan nyawa mereka untuk melaksanakan kerja sebegini. 

Pengiring dan Pegawal Peribadi (Bodyguards)

Kami menyediakan Pengiring dan Pengawal Peribadi bersenjatapi untuk orang-orang kenamaan atau kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan ini dengan harga mengikut tempoh yang diperlukan.
Pengiring dan Pengawal Peribadi kami adalah terdiri dari bekas-bekas anggota tentera dan polis yang telah terlatih khas di dalam bidang kawalan peribadi dan berpengalaman mengawal pemimpin-pemimpin Negara

Penyiasat Peribadi (Private Investigation) 

Penyiasat yang terlatih dan berpengalaman disediakan untuk mana-mana pihak yang memerlukan perkhidmatan ini. Penyiasat kami adalah terdiri dari bekas-bekas pegawai pengyiasat Polis Diraja Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah yang sudah pastinya mempunyai cara yang unik dan penuh rahsia dalam pengumpulan dan penjagaan maklumat. 

Rondaan Pemantauan Permis Kediaman (Residencial Patrol Team) 

Dengan kadar harga mampu, orang ramai berpeluang untuk mandapat perlindungan keselamatan ke atas rumah kediaman pada setiap malam tanpa mengira cuaca bagi memastikan tiada sebarang cubaan pencerobahan dan kegiatan jenayah ke atas anda dan keluarga anda. 

Sistem Pengawal Berpusat 

Premis kediaman, kedai, kilang, dan tempat-tempat penting dikawal dengan sistem berkamera dan pemantauan 24 jam dilakukan oleh Pusat Kawalan Keselamatan kami. Sebarang pencerobohan akan dilaporkan kepada anda dan pencegahan akan dilakukan oleh kumpulan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team) dari kami 

ADDRESS
No. 20A, Persiaran Cahaya Indah 2, Taman Cahaya Indah, 68000 Ampang, Selangor

CONTACTS
Email: info@amanatssecurity.com
Phone: 03-42955615
Fax: 03-42955616