Encik Permal Kunder A/L Karupan telah berkhidmat di
dalam Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Guru Terlatih selama 8 tahun di
Sekolah Menengah Jalan San Peng, Kuala Lumpur. Beliau kemudian telah mencerburi
bidang swasta mulai tahun 1998. Antara bidang-bidang yang dicuburi dan
pengalaman beliau ialah Pembinaan, Pengurusan Hartanah, Pengurusan Bangunan,
Pengurus Kewangan, Pengarah Eksekutif dan sebagai pangarah serta penasihat
beberapa syarikat swasta.
Beliau berkelulusan Sarjana dalam
Pengurusan Perniagaan dari Kuala Lumpur Infrastructure University College (2010)
dan Advance Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan dari Rima College Group (1995).
Dengan pengalaman yang luas dan pengetahuan dalam bidang korporat ini beliau
akan berkemampuan untuk menjadikan Amanats Security Sdn. Bhd sebuah syarikat
dianamik dan maju.
Datuk Muhammad Fuad Bin Talib {SAC (bersara)} telah
berkhidmat di dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia selama 37 tahun. Beliau telah
menjawat beberapa jawatan antaranya ialah Pegawai Komando Balai Polis Tumpat,
Timbalam Ketua Polis Daerah Terenganu dan lain-lain jawatan
penting.
Beliau berkelulusan Sarjana Dalam bidang sains dari
Universiti Pertanian Malaysia (2002) dan Diploma dalam Bidang Sains Polis dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (1997). Dengan Pengalam yang luas ini beliau akan
berkemampuan memberi nasihat dan seterusnya menjadikan pengurusan Amanats
Security Sdn Bhd cekap dan berketerampilan.
ADDRESS
No. 20A, Persiaran Cahaya Indah 2,
Taman Cahaya Indah, 68000 Ampang, Selangor
CONTACTS
Email: info@amanatssecurity.com
Phone: 03-42955615
Fax: 03-42955616
LINKS